24 June 2009

Ilmu, Iman Dan Amal

Dari Abu Musa r.a katanya, Nabi s.a.w bersabda:”Perumpamaan petunjuk dan ilmu pengetahuan yang Allah mengutuskan aku untuk menyampaikannya seperti hujan lebat jatuh ke bumi. Bumi itu ada yang subur menghisap air, menumbuhkan tumbuh-tumbuhan dan rumput-rumput yang banyak. Ada pula yang keras, tidak menghisap air sehingga tergenang. Maka Allah memberi manfaat dengan ia kepada manusia. Mereka dapat minum dan memberi minum (binatang ternak dan sebagainya), dan untuk bercucuk tanam. Dan ada pula hujan yang jatuh ke bahagian lain iaitu di atas tanah yang tidak menggenangkan air dan tidak pula menumbuhkan rumput. Begitulah perumpamaan orang yang belajar agama yang mahu memanfaatkan apa yang aku disuruh Allah menyampaikannya, dipelajarinya dan diajarkannya. Dan begitu pula perumpamaan orang yang tidak mahu memikirkan dan mengambil peduli dengan petunjuk Allah yang aku diutus untuk menyampaikannya.”

(Bukhari)

HuraianTarbiyah (pendidikan) yang semestinya dilalui oleh setiap muslim cukup banyak. Berbagai tarbiyah yang telah dilalui oleh para sahabat Rasulullah s.a.w sehingga menjadikan mereka memiliki iman yang teguh, bahkan membentuk mereka menjadi generasi terbaik. Allah berfirman: "Dan sesungguhnya jika mereka melaksanakan nasihat yang diberikan kepada mereka, tentulah hal yang demikian itu lebih baik bagi mereka dan lebih meneguhkan (hati mereka di atas kebenaran)." (An Nisa : 66) Maka mempelajari ilmu agama adalah termasuk medan jihad yang paling mulia di mana daripada ilmu tersebut seseorang itu dapat berdakwah (menyebarkannya) kepada orang lain yang sekaligus menjadikan imannya semakin kukuh dan bertambah. Dia menyuruh manusia melakukan perkara–perkara kebaikan dan melarang daripada melakukan perkara kejahatan (maksiat) dalam ertikata bahawa ia bukanlah ulama’ bisu yang berlepas diri daripada apa yang berlaku di sekelilingnya sepertimana sabda Rasulullah s.a.w: "Di antara manusia, ada orang yang menjadi kunci kebaikan dan penutup kejahatan." (Ibnu Majah) Orang seperti ini juga sentiasa bergaul dengan para ulama’ untuk mendengarkan nasihat mereka. Inilah sifat orang yang belajar agama yang mahu memanfaatkan apa yang dipelajarinya dan dengan itu mereka mendapat pahala di dunia dan balasan yang baik di akhirat.

Sumber : e - Hadith JAKIM

SEMINAR PERUBATAN ISLAM

Anjuran : PERKEMAT

Tarikh : 27 Jun 2009

Hari : Sabtu

Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang

Tempat : Dewan Muktamar, Darul Quran, Kuala Kubu Bharu

Berminat sila hubungi : Sdr Muhamad Azizul Hakim Bin Mohd Zin 013-3104 128

23 June 2009

Pemergiannya suatu kehilangan

Sesungguhnya Allah tidak mencabut ilmu dengan merentapnya dari dada manusia. Tetapi Allah mencabut ilmu dengan mematikan Ulama. Apabila tiada lagi ilmuan, maka nantinya manusia akan mengambil pemimpin-pemimpin yang jahil, pemimpin itu ditanya lalu mereka berfatwa tanpa ilmu, maka sesatlah golongan yang bertanya, sebagaimana sesatnya juga golongan yang ditanya” [Hadith riwayat al-Tirmidhi]


Bagi mereka yang sebati dengan usrah pasti tidak asing dengan tokoh Islam Syeikh Fathi Yakan. Lebih 10 kitab karangan beliau dijadikan sumber rujukan bagi memperjuangkan Islam. Saya masih ingat seawal di tingkatan 1, saya dikenalkan dengan Kitab : Maza Yakni Intima'i Islam. Dengan kitab inilah saya kenal erti menganut Islam. Ertinya saya sebagai seorang muslim, Erti hakiki memperjuang segenap sudut Fikrah Islam.Banyak lagi penulisan beliau seperti As-Syabab Wa Taghyir, Harakat Wa Mazahib Fi Mizan Islam dan lain-lain terus menjadi bahan rujukan. Marilah kita iringi doa penuh keikhlasan moga roh beliau ditempatkanbersama para mukminin dan solihin. Al_fatihah...


posted by Mohd Bakri Hashim

04 June 2009

JADUAL KULIAH MAGHRIB & SUBUH

BULAN JULAI 2009

KULIAH MAGHRIB

US.MOHD ZUHDI
Aqidah (Jauharah at Tauhid)
Hari : Selasa Tarikh : 14 & 21 Julai 2009


US.SHAMSUL BAHARI
Fekah (Kitab Permasalahan Imam & Makmum)
Hari : Selasa Tarikh : 23 & 30 Julai 2009

US.MOHD ASRI
Nahu ( Qatrun Nada)
Hari : Rabu Tarikh : 22 & 29 Julai 2009

KULIAH SUBUH

SDR.AHMAD QUTAIBAH
Hari : Ahad Tarikh : 19 Julai 2009

CERAMAH ISRAK & MIKRAJ
26 Julai 2009
Tempat : Masjid Darul Quran
Masa : Selepas Solat Maghrib
Penceramah : Y.Bhg Us. Hj.Ghazali Bin Omar


المحاضرة الدينية بمناسبة استقبال اليوم الاسراء ة المعراج


اليوم : الاحد

التاريخ : 26 يوليو 2009

المكان : المسجد بدار القران

الزمن : 8.15 ليلا

المحاضر : الاستاذ غزالي عمر

لا تنسى لقائنـــــــــــا
بكم عند المسجد


دعوة المحاضرة

مفتوح للجميع

16 April 2009

Jadual Khatib Mei - Dis 2009


BULAN

TARIKH


NAMA

MILADI

HIJRI


MEI

JAMADIL AWWAL/ JAMADIL AKHIR

1

6

US BAKRI BIN AMBOALA

8

13

US IBRAHIM ABDULLAH

15

20

US. MARZUQI BIN ABD. RAHIM

22

27

US SHAHRULKARNAIN BIN MOHD NAZIR

29

4

US ABDUL JALAL BIN ABD MANAF


JUN

JAMADIL AKHIR /

REJAB

5

11

US AHMAD DASUKI BIN HASHIM

12

18

US MOHD YUSRY BIN MAZLAN

19

25

US SHAMSUL BAHARI BIN DAHALAN

26

3

US M.A RAUF SAKADEK


JULAI

REJAB /

SYAABAN

3

10

US MOHD NAZRI BIN ABU ZARIN

10

17

US MUHAMAD ZAKI BIN ABD RAHMAN

17

24

US. YUSRY BIN CHEK

24

2

US IKMAL SHUKRI BIN ZULKIFLI

31

9

US MOHD HANAFI BIN YUSOP


OGOS

SYAABAN/

RAMADHAN

7

16

US MOHAMMAD ZAKI BIN IBRAHIM

14

23

US MOHD TAHIR BIN ABD MANAP

21

30

US AHMAD FUAT BIN JAMIL

28

7

US MOHD SYA'BANI BIN AWAN



BULAN

TARIKH


NAMA

MILADI

HIJRI


SEPTEMBER

RAMADHAN/

SYAWAL

4

14

US SUKAIRU BIN SULAIMAN

11

21

US KARMIZI BIN JUSOH

18

28

US ABDUL MUIN BIN SALLEH

25

6

US AHMAD BUHAIRI BIN NAWAWI



OKTOBER

SYAWAL /

ZULKAEDAH

2

13

US MOHD HAFIZ BIN ABD. AZIZ

9

20

US MOHD NAJIB BIN ABD. GHAFFAR

16

27

US MAT LAZIM BIN HASSAN

23

4

US MOHD ASRI BIN IBRAHIM

30

11

US. REDZUAN BIN AHMAD


NOVEMBER

ZULKAEDAH/

ZULHIJJAH

6

18

US BAKRI BIN AMBOALA

13

25

US IBRAHIM ABDULLAH

20

3

US AHMAD DASUKI BIN HASHIM

27

10

US MOHD NAZRI BIN ABU ZARIN


DISEMBER

ZULHIJJAH /

MUHARRAM

4

17

US MOHD HANAFI BIN YUSOP

11

24

US MOHD SYA'BANI BIN AWANG

18

1

US SHAHRULKARNAIN BIN MOHD NAZIR

25

8

US M.A RAUF BIN SAKADEK

09 February 2009

PERTUKARAN STAF PUSAT ISLAM

ASSALAMUALAIKUM.....

STAF PUSAT ISLAM AKAN BERTUKAR PADA 16/02/2009. INI ADALAH KERANA PEN. PEGAWAI PUSAT ISLAM YANG LALU ( US. MOHD TAUFIQ ARSHAD ) AKAN BERTUKAR KE BAHGIAN PEMBANGUNAN MODAL INSAN DI KEMENTERIAN KERJARAYA MALAYSIA ( KKRM ) GRED S32. TAHNIAH DAN SYABAS KEPADA BELIAU DI ATAS PERKHIDMATAN YANG TELAH BELIAU LAKSANAKAN SELAMA BELIAU BERTUGAS DI UNIT INI.

SELAMAT DATANG KEPADA PEN. PEGAWAI YANG BARU DAN BAKAL BERTUGAS DI UNIT PUSAT ISLAM DARUL QURAN JAKIM. SEMOGA DAPAT MENCERIAKAN LAGI LAMAN BLOG PUSAT ISLAM INI..... INSYAALLAH

01 February 2009

RAHSIA DI DALAM SOLAT

Inilah dia rahsia Solat, sebagai peringatan bagi yang dah tahu atau panduan bagi yang baru tahu......

1 - Niat Sembahyang :
Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.


2 - Berdiri Betul :
Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.


3 - Takbir-ratul Ihram :
Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.


4 - Fatihah :
Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.


5 - Ruqu' :
Sebagai tikar kita di dalam kubur.


6 - I'tidal :
Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika didalam kubur.


7 - Sujud :
Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.


8 - Duduk antara 2 Sujud :
Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur


9 - Duduk antara 2 Sujud (akhir) :
Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.


1 0 - Tahhiyat Akhir :
Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.


11 - Selawat Nabi :
Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.


12 - Salam :
Memelihara kita di dalam kubur.


13 - Tertib :
Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T.


Dari Abdullah bin 'Amr R. A., Rasulullah S. A. W..bersabda :
"Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi /Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu " FRIDAY the 13th " jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!"


Wassalam.

"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..." Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa'at kepada manusia lain...

27 January 2009

GERHANA MATAHARI

26/01/2009 ( ISNIN ).

PUSAT ISLAM TELAH MENGADAKAN SOLAT SUNAT GERHANA MATAHARI BERTEMPAT DI MASJID DARUL QURAN JAKIM. HAMPIR 50 ORANG JEMAAH TERMASUK STAF DAN PARA PELAJAR DARUL QURAN TELAH HADIR UNTUK SOLAT BERJEMAAH FARDHU ASAR DAN SETERUSNYA MENUNAIKAN SOLAT SUNAT GERHANA MATAHARI. SOLAT SUNAT TERSEBUT TELAH DIIMAMKAN OLEH SALAH SEORANG PELAJAR DARUL QURAN DAN KHUTBAHNYA TELAH DIBACAKAN OLEH
US. MOHD SYA'BANI BIN AWANG ( PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM ).

13 January 2009

JAHANNAM ITU BENAR

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM, lindunglilah dan peliharakanlah kami, kedua ibubapa kami, isteri kami, anak-anak kami, kaum keluarga kami & semua orang Islam dari azab seksa api nerakaMu YA ALLAH.
Sesungguhnya kami tidak layak untuk menduduki syurgaMu YA ALLAH, namun tidak pula kami sanggup untuk ke nerakaMu YA ALLAH.Ampunilah dosa-dosa kami, terimalah taubat kami dan terimalah segala ibadah dan amalan kami dengan RAHMATMU YA ALLAH......AMIN.

.: Luasnya Neraka :.

Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh nabi s.a.w.:"Mengapa aku melihat kau berubah muka?" Jawabnya: "Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman daripadanya.
" Lalu nabi s.a.w. bersabda: "Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam."Jawabnya: "Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya.
Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan sehelai baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya. Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yang disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yang ketujuh.
Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat terseksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi, dan minumannya air panas campur nanah, dan pakaiannya potongan-potongan api.
Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang lelaki dan perempuan." Nabi s.a.w. bertanya: "Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?" Jawabnya: "Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda." (nota kefahaman: iaitu yang lebih bawah lebih panas) Tanya Rasulullah s.a.w.: "Siapakah penduduk masing-masing pintu?"Jawab Jibrail: "Pintu yang terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yang kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat Nabi Isa a.s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah.Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim, Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar. Pintu keempat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha,

Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah. Pintu keenam tempat orang nasara bernama Sa'eir." Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya: "Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ketujuh?"Jawabnya: "Di dalamnya orang-orang yang berdosa besar dari ummatmu yang sampai mati belum sempat bertaubat." Maka nabi s.a.w. JATUH PENGSAN ketika mendengar keterangan itu, menyebabkan Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sadar nabi saw bersabda: "Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummatku yang akan masuk ke dalam neraka?" Jawabnya: "Ya, iaitu orang yang berdosabesar dari ummatmu." Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang, kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan berdoa kepada Allah.
(dipetik dari kitab "Peringatan Bagi Yang Lalai") Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahariKu. Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:
1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zaqqum
8. Di bawah setiap pokok zaqqum mempunyai 70,000 ekor ular
9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat.
10. Juga di bawah setiap pokok zaqqum mempunyai 70,000 rantai
11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat.
Mudah-mudahan dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua.Wallahua' lam.Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159 Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami terangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk. Dari Abdullah bin 'Amr R.A, Rasulullah S.A.W bersabda: "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..

09 January 2009

SUARA PUSAT ISLAM

TANGISAN GAZA
( KHUTBAH JAKIM )

Pada hari yang mulia ini, mimbar ingin menarik perhatian kita semua mengenai penderitaan rakyat Palestin. Pada masa ini wilayah Palestin semakin sempit hanya tinggal 'sekangkang kera' iaitu semenanjung Gaza dan Tebing Barat. Umat Islam Palestin semakin terhimpit dan terhapus di bumi Palestin. Hari ini genap hari ke-14, di mana beribu-ribu orang Palestin terkorban dan tercedera.

Kekejaman dan keganasan Israel ke atas Palestin sejak abad ke-20 dan hingga kini, mengingatkan kita kepada keganasan Yakjuj dan Makjuj yang disebutkan dalam al-Qur'an. Menurut Doktor Ali Shariati, pakar sosiologi dan penggerak revolusi Iran menyatakan bahawa apa yang dimaksudkan Yakjuj dan Makjuj adalah merujuk kepada kuasa Barat iaitu Amerika Syarikat dan Yahudi.

Profesor Dr. Muhammad Sayyid Tantawi, Syeikhul Azhar telah menggambarkan sifat keji bangsa ini melalui bukunya 'Israel fi al-Qur'an wa as-Sunnah', bahawa Israel sebagai bangsa penjenayah kejam yang tidak membezakan orang tua, wanita, kanak-kanak, masjid, rumah ibadat, tempat awam dan sebagainya. Israel juga terkenal sebagai bangsa penjenayah yang kuat memusuhi Islam dan Arab. Golongan ini bukan sekadar ingin menguasai Palestin, malah Jordan, Syria, Lebanon, Iraq, semenanjung Sinai dan termasuklah Madinatul Munawwarah.

Sifat keji Bani Israel ini dinyatakan oleh Allah SWT dalam surah al-Maidah ayat 78:
Maksudnya: " Orang kafir Yahudi dari Bani Israil telah dilaknat (di dalam Zabur dan Injil) melalui lidah Nabi Daud dan Nabi Isa ibni Maryam. Yang demikian itu disebabkan mereka menderhaka dan menceroboh."

Muslimin Yang DiMuliakan Allah,

Kita amat kesal atas sikap tidak bertanggungjawab Amerika Syarikat yang menyokong jenayah keganasan yang dilakukan oleh kumpulan ini. Kita juga kecewa atas sikap negara-negara kuasa besar lain yang berdiam diri apabila melibatkan kepentingan Islam dan umat Islam, dan begitu pro-aktif apabila isu-isu yang menyentuh kepentingan masyarakat yang bukan Islam.

Adalah satu hakikat bahawa Islam dan ummah tidak boleh bergantung kepada simpati dan bantuan golongan kuffar. Oleh kerana itulah Allah SWT memberikan kita peringatan bahawa golongan kuffar tidak sekali-kali akan melindungi Islam dan ummah melainkan mereka dijadikan sanjungan dan pujaan.

Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 120:
Maksudnya: " Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam) itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu."

Muslimin Yang DiMuliakan Allah,

Islam mengajar kita bahawa umat Islam adalah bersaudara dan wajib dibela. Amatlah salah, kita membiarkan saudara kita di Palestin menderita, tanpa kita melakukan apa-apa. Sedarlah, bahawa kita bukan sahaja wajib membela dan meringankan penderitaan saudara kita di Palestin, tetapi kita sebagai umat Islam juga wajib turut sama mempertahankan kesucian Baitul Maqdis kerana ia adalah kiblat pertama dalam syiar agama kita. Baitul Maqdis juga adalah tempat Rasulullah SAW Israk dan Mikraj, ia juga merupakan masjid kedua dibina di bumi ini dan ia juga tempat yang diberkati dan dilipatgandakan pahala serta diampunkan dosa.

Justeru itu, mimbar ini menyeru kepada seluruh umat Islam dan rakyat Malaysia, marilah kita membantu meringankan penderitaan saudara kita di Palestin dengan sama-sama mengambil tindakan berikut:

Pertama: menyalurkan bantuan kewangan kepada rakyat Palestin yang sedang menderita melalui badan-badan diiktiraf oleh kerajaan yang akan menyalurkannya melalui Kementerian Luar Negeri atau Wisma Putra;
Kedua: bersama-sama memboikot dan memulau perkhidmatan seperti perbankan, insuran dan dan barangan seperti produk makanan, syarikat minyak atau yang mempunyai kepentingan dengan Amerika dan Israel;
Ketiga: negara-negara OIC dan lain-lain negara serta umat Islam patut menghentikan dan mengelak dari terus menggunakan mata wang dolar dalam sebarang urusan perdagangan;
Keempat: menginsafi akan bahaya perpecahan kepada ummah dan perlunya tindakan segera dalam menyatupadukan ummah di kalangan negara Islam seluruh dunia; dan
Kelima: tanpa jemu, kita hendaklah memastikan bahawa penjenayah perang Gaza di bawa kemuka pengadilan dan terus memburu mereka walau di mana juga.

Muslimin Yang DiMuliakan Allah,

Mungkin sekali imbas amat sukar untuk mengalahkan Israel dan sekutunya, kerana memiliki peralatan ketenteraan dan senjata nuklear yang hebat kecuali dengan kuasa Allah. Oleh itu, mimbar ini juga menyeru masjid-masjid seluruh negara mengadakan solat sunat hajat dan bacaan qunut nazilah, memohon doa kehadrat Allah SWT agar dikurniakan kepada pejuang Palestin dan Hamas khususnya, kekuatan semangat dan kecekalan hati serta kemenangan dalam menghadapi kezaliman Israel. Seluruh umat Islam juga diseru agar sama-sama mendo'akan keselamatan dan kesejahteraan rakyat Palestin.

Ayat Al-Quran ada menyatakan :

Maksudnya: "Wahai orang yang beriman! Mahukah aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, serta berjuang membela agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya)."