24 June 2009

Ilmu, Iman Dan Amal

Dari Abu Musa r.a katanya, Nabi s.a.w bersabda:”Perumpamaan petunjuk dan ilmu pengetahuan yang Allah mengutuskan aku untuk menyampaikannya seperti hujan lebat jatuh ke bumi. Bumi itu ada yang subur menghisap air, menumbuhkan tumbuh-tumbuhan dan rumput-rumput yang banyak. Ada pula yang keras, tidak menghisap air sehingga tergenang. Maka Allah memberi manfaat dengan ia kepada manusia. Mereka dapat minum dan memberi minum (binatang ternak dan sebagainya), dan untuk bercucuk tanam. Dan ada pula hujan yang jatuh ke bahagian lain iaitu di atas tanah yang tidak menggenangkan air dan tidak pula menumbuhkan rumput. Begitulah perumpamaan orang yang belajar agama yang mahu memanfaatkan apa yang aku disuruh Allah menyampaikannya, dipelajarinya dan diajarkannya. Dan begitu pula perumpamaan orang yang tidak mahu memikirkan dan mengambil peduli dengan petunjuk Allah yang aku diutus untuk menyampaikannya.”

(Bukhari)

HuraianTarbiyah (pendidikan) yang semestinya dilalui oleh setiap muslim cukup banyak. Berbagai tarbiyah yang telah dilalui oleh para sahabat Rasulullah s.a.w sehingga menjadikan mereka memiliki iman yang teguh, bahkan membentuk mereka menjadi generasi terbaik. Allah berfirman: "Dan sesungguhnya jika mereka melaksanakan nasihat yang diberikan kepada mereka, tentulah hal yang demikian itu lebih baik bagi mereka dan lebih meneguhkan (hati mereka di atas kebenaran)." (An Nisa : 66) Maka mempelajari ilmu agama adalah termasuk medan jihad yang paling mulia di mana daripada ilmu tersebut seseorang itu dapat berdakwah (menyebarkannya) kepada orang lain yang sekaligus menjadikan imannya semakin kukuh dan bertambah. Dia menyuruh manusia melakukan perkara–perkara kebaikan dan melarang daripada melakukan perkara kejahatan (maksiat) dalam ertikata bahawa ia bukanlah ulama’ bisu yang berlepas diri daripada apa yang berlaku di sekelilingnya sepertimana sabda Rasulullah s.a.w: "Di antara manusia, ada orang yang menjadi kunci kebaikan dan penutup kejahatan." (Ibnu Majah) Orang seperti ini juga sentiasa bergaul dengan para ulama’ untuk mendengarkan nasihat mereka. Inilah sifat orang yang belajar agama yang mahu memanfaatkan apa yang dipelajarinya dan dengan itu mereka mendapat pahala di dunia dan balasan yang baik di akhirat.

Sumber : e - Hadith JAKIM

SEMINAR PERUBATAN ISLAM

Anjuran : PERKEMAT

Tarikh : 27 Jun 2009

Hari : Sabtu

Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang

Tempat : Dewan Muktamar, Darul Quran, Kuala Kubu Bharu

Berminat sila hubungi : Sdr Muhamad Azizul Hakim Bin Mohd Zin 013-3104 128

23 June 2009

Pemergiannya suatu kehilangan

Sesungguhnya Allah tidak mencabut ilmu dengan merentapnya dari dada manusia. Tetapi Allah mencabut ilmu dengan mematikan Ulama. Apabila tiada lagi ilmuan, maka nantinya manusia akan mengambil pemimpin-pemimpin yang jahil, pemimpin itu ditanya lalu mereka berfatwa tanpa ilmu, maka sesatlah golongan yang bertanya, sebagaimana sesatnya juga golongan yang ditanya” [Hadith riwayat al-Tirmidhi]


Bagi mereka yang sebati dengan usrah pasti tidak asing dengan tokoh Islam Syeikh Fathi Yakan. Lebih 10 kitab karangan beliau dijadikan sumber rujukan bagi memperjuangkan Islam. Saya masih ingat seawal di tingkatan 1, saya dikenalkan dengan Kitab : Maza Yakni Intima'i Islam. Dengan kitab inilah saya kenal erti menganut Islam. Ertinya saya sebagai seorang muslim, Erti hakiki memperjuang segenap sudut Fikrah Islam.Banyak lagi penulisan beliau seperti As-Syabab Wa Taghyir, Harakat Wa Mazahib Fi Mizan Islam dan lain-lain terus menjadi bahan rujukan. Marilah kita iringi doa penuh keikhlasan moga roh beliau ditempatkanbersama para mukminin dan solihin. Al_fatihah...


posted by Mohd Bakri Hashim